Wednesday, September 21, 2016

SYEIKH ISMAIL SODIQ AL-'ADAWI

Nama penuh beliau ialah; Ismail bin Sodiq bin Hasub al-'Adawi. Seorang ulamak al-Azhar yang cukup masyhur di Mesir semasa hayatnya. Dilahirkan pada tahun 1353H/1934M dari ayah dan ibu yang bertalian nasab kepada Saidina ‘Umar RA (iaitu dari Bani ‘Adiy, kerana itu beliau memakai gelaran al-‘Adawi di hujung namanya). 

Dikenali bukan sahaja kerana keilmuannya dalam bidang al-Quran, Hadis, Fiqh dan Usul, tetapi juga kerana keperibadian, kewarakan dan kesungguhannya dalam menyampaikan ilmu dan berdakwah. Cukup untuk menjadi bukti pengiktirafan ulamak kepada beliau apabila diangkat menjadi Imam dan Khatib bagi Masjid al-Azhar, satu jawatan yang hanya diserahkan kepada tokoh ulamak yang dikenali dan berwibawa. Beliau meninggal pada bulan Ramadhan 1418H bersamaan Januari 1998M.

Rujukan; http://eladawe.blogspot.my/

No comments: