Seorang ulamak dari Syiria. Dilahirkan di satu daerah di Damsyiq pada tahun 1932. Pengajian menengahnya di Syria, kemudian ke peringkat Universiti di al-Azhar (Mesir). Memperolehi Ijazah ‘Aliyah (B.A) di al-Azhar pada tahun 1956 dalam bidang Syari’ah Islam. Kemudian menyambung pengajian ke peringkat M.A (tahun 1959) dan Phd (tahun 1963) di Universiti Kaherah (Cairo University). Sejak selesai Phd (tahun 1963) beliau menjadi pensyarah di Universiti Damsyiq dan pada tahun 1975 dianugerahkan gelaran Profesor. Beliau merupakan pakar dalam Ilmu Fiqh, Usul Fiqh dan Fiqh al-Muqaran (Fiqh Perbandingan). Telah menghasilkan banyak penulisan dalam pelbagai bidang ilmu Islam. Karya beliau yang termasyhur ialah al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu yang merangkumi semua bab Fiqh meliputi 9 jilid besar.Karya-karya beliau yang lain ialah;
1. Tafsir al-Munir
2. al-Wajiz Fi al-Fiqh al-Islami
3. al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh
4. Qissah Quraniyyah
5. at-Tafsir al-Wajiz
Beliau meninggal dunia pada tahun 2015 (tanggal 8 ogos), bersamaan 24 syawal 1436H. Semoga Allah menempatkan roh di kalangan hamba-hamba pilihanNya.
3 comments:
Assalamualaikum,,ustaz,,apakah nama sebenar syeikh al zuhaily ni?? bilakah tarikh beliau wafat??
nie email saya..
along_2891@yahoo.com
saya saiedah,,saya harap ustaz dpt menjawabnya..terima kasih
Saiedah Syamielah :
beliau blom wafat, masih hidup...
bersahabat baik dgn DS Anwar Ibrahim
Hari ni 8 ogos 2015 bsamaan 24 syawwal 1436h maka tlh wafatlah Prof.Dr Wahbah az-Zuhaili
Post a Comment