Nama beliau banyak disebut
dalam kitab-kitab Tafsir, khususnya tafsir bil-maksur (seperti Tafsir
at-Tabari, Ibnu Kathir, al-Baghawi dan sebagainya). Beliau adalah seorang
mufassir (ahli tafsir) dan hafiz (penghafal hadis).[1]
Menurut Imam az-Zahabi; beliau merupakan penghafal hadis di zamannya dan
menjadi ikutan bagi para mufassirin (ahli-ahli tafsir al-Quran) dan muhaddisin
(ahli-ahli hadis).[2]
Nama penuh beliau ialah;
Qatadah bin Di’amah as-Sadusi. Lahir pada tahun 60 Hijrah. Menimba ilmu dari
Anas bin Malik RA (sahabat Nabi SAW), Abu at-Tufail RA (sahabat Nabi), Sa’id
bin al-Musayyab, Abdullah bin Sarjis, Hasan al-Basri dan ramai lagi. Mengambil
ilmu dari beliau pula; Ayyub as-Sikhtiyani, Ma’mar bin Rasyid, al-Auza’ie, Imam
Abu Hanifah dan ramai lagi.[3]
Berkata Imam Ibnu Siriin;
Qatadah adalah ahfazun-naas (orang paling kuat hafazannya di kalangan manusia).[4]
Abu ‘Awanah menceritakan;
Aku telah menyaksikan Qatadah mengajar al-Quran di bulan Ramadhan. Matar
al-Warraq berkata; Qatadah berterusan mengajar hingga saat kematiannya.[5]
Menurut Ma’mar; Qatadah menyukai
hadis-hadis Rasulullah SAW tidak dibaca melainkan dengan berwudhuk.[6]

Imam Qatadah meninggal
dunia pada tahun 118 hijrah.[8]
Di antara kata-kata beliau ialah;
اجْتَنِبُوا
الْمَعْصِيَةَ وَالْعُدْوَانَ، فَإِنَّ بِهِمَا أُهْلِكَ مَنْ أُهْلِكَ قَبْلَكُمْ
مِنَ النَّاسِ
“Jauhilah maksiat dan melampaui batas,
kerana dengan dua sebab tersebutlah Allah membinasakan orang-orang sebelum
kamu”.[9]
[1] Al-A’lam,
Khairuddin az-Zarkali.
[2]
Siyar A’lam an-Nubalak, az-Zahabi, 2/3082 (no. 4587).
[3]
Siyar A’lam an-Nubalak, 2/3082 (no. 4587). Tobaqat al-Huffaz, as-Suyuti, hlm.
47 (no. 104).
[4]
Siyar A’lam an-Nubalak, az-Zahabi, 2/3082 (no. 4587).
[5]
Siyar A’lam an-Nubalak, az-Zahabi, 2/3082 (no. 4587).
[6]
Siyar A’lam an-Nubalak, az-Zahabi, 2/3082 (no. 4587).
[7]
Siyar A’lam an-Nubalak, az-Zahabi, 2/3082 (no. 4587).
[8]
Siyar A’lam an-Nubalak, az-Zahabi, 2/3082 (no. 4587).
2 comments:
دينا نقل عفش بخميس مشيط
شركة كشف تسربات المياه بالاحساء
شركة كشف تسربات المياه بالخبر
شركة كشف تسربات المياه بالقطيف
شركة كشف تسربات المياه بالقصيم
شركة كشف تسربات المياه بالظهران
Post a Comment