Thursday, July 17, 2008

SYEIKH SAYYID SABIQ


Merupakan pengarang kitab Fiqh as-Sunnah yang masyhur yang telah diterjemah ke dalam pelbagai bahasa di dunia. Seorang ulamak al-Azhar. Berasal dari Wilayah Manufiah (Mesir). Beliau sempat bertemu Imam as-Syahid Hasan al-Banna dan menjadi anggota Ikhwan al-Muslimin sejak di bangku sekolah lagi. Beliau belajar di al-Azhar dalam bidang Syari’ah dan menjadi pakar dalam bidang Fiqh Islam. Bukunya Fiqh Sunnah menjadi rujukan umat Islam di dunia sejak tahun ia ditulis () hingga ke hari ini. Pada tahun 1413 Hijrah, beliau dianugerahi Hadiah Kecemerlangan Raja Faisal (Arab Saudi) di atas sumbangannya dalam Ilmu Fiqh. Di akhir-akhir usianya beliau menerima tawaran untuk menjadi pensyarah di Universiti Ummul-Qura (Mekah) kerana ingin berada hampir dengan Baitullah. Syeikh Sayyid Sabiq meninggal pada hari Ahad, 23 Zil-Qaedah 1420 bersamaan 27 Januari 2000 dan dikebumikan di tempat kelahirannya.
Selain dari Fiqh Sunnah tadi, beliau juga menghasilkan banyak penulisan lain antaranya;
1. Masadir al-Quwwah Fi al-Islam
2. al-‘Aqaid al-Islamiyyah
3. Risalah Fi al-Hajj
4. Islamuna
5. Risalah Fi as-Shiyam
6. Taqalid Wa ‘Adaat Yajib An Tazul Fi al-Afrah Wa al-Munasabat.

Semoga Allah mengurniakan darjat yang tinggi untuk beliau di akhirat.

2 comments:

hakkulyakin88 said...

assalamualaikum, saya ada mendengar kitab sayyid sabiq melalui syarahan tuan guru nik aziz.Apa yang saya faham memang betullah pendapat arwah guru pondok bahawa syarahan sayyid sabiq tidak boleh dibuat rujukan. Kita melihat seolah-olah sayyid menjadi penentu hukum diantara keempat-empat mazhab. Bagi beliau pendapatnya lah sebenar sebagai fekah sunnah, sedangkan imam mazhab juga adalah berdazarkan kepada nas alquran dan hadis jua. Sebab itu saya melihat dimasa kini, saya dikelilingi teman-teman yang beramal/berpegang kepada hadis dan alquran kononnya. Padahal mereka semua terpedaya dengan pendapat ulama' masa kini. Saya masih berpegang sebagaimana syarah imam ghazali dalam kitab ihya, bahwa kita hendaklah bepegang kepada satu mazhab sebagai amalan seharian. Tidak ada ajaran guru-guru dahulu yang menghentam lain-lain mazhab. Sesungguhnya mereka saling menghormati diantara mazhab. Sayyid sabiq hidup selepas 1400 tahun kewafatan nabi, sedangkan ulama' mazhab hidup sekitar 80-240 tahun selepas nabi wafat. Disitu kita boleh lihat kekuatan/kesahihan hadis yang dibawa dan ditafsir pada masa zaman mazhab, sedangkan ulama' kini sudah jauh dengan ketulinan ilmu. Imam hadis seperti imam bukhari, muslim, nawawi dan lain-lain pun tidak menyalahkan pendapat imam mazhab. ahli hadis dengan hukum fekah adalah dua perkara yang berlainan. Janganlah kita menjadi sebahagian penyebar kesesatan.Wallahuallam

Abu Irfah said...

salam. saya sangat menyanjungi dan menghormati para ulama yang telah berusaha dengan gigih dan ikhlas menyebarkan dakwah islamiyah dan aktif berkorban tenaga dan masa mereka menyebarkan ilmu pengetahuan.
Pada pandangan saya semua mereka adalah ulama yang diiktiraf ummah, tidak kira apakah aliran mereka pemikiran mereka, asalkan sebahagian ulama yang muktabar telah mengiktiraf keilmuan dan ketokohan mereka itu sudah mencukupi. Tidak kira mereka yang dianggap sebagai salaf, khallaf, sunni dan sebagainya. Kita tidak perlu taksub kepada sesuatu puak sahaja. Lihatlah kepada Imam al-Ghazali, Ibnu Tymiyah, Ibnu Qayyum, al-Qardhawi, Sayyid Qutb dan sebagainya, mereka adalah ulama ummah. Walaupun timbul pro-kontra bagi orang yang menilai pemikiran mereka. Saya banyak juga mencopy riwayat ulama dalan internet. Wallahu a'lam.